Anak syarikat AirAsia

Thai AirAsia

Rencana utama: Thai AirAsia

Thai AirAsia (bahasa Thai: ไทยแอร์เอเชีย) ditubuhkan pada 8 Disember 2003 sebagai usahasama dengan Shin Corporation. Pengendalian penerbangan bermula pada 13 Januari 2004 dari tapaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang. Sejak 25 September 2006, syarikat ini bertapak di tempat barunya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Indonesia AirAsia

Rencana utama: Indonesia AirAsia

AirAsia mengambil alih syarikat Awair yang ketika itu gulung tikar pada 2004 dengan 49% pegangan saham dalam syarikat tersebut. Awair memulakan operasi bagi pihak AirAsia pada Disember 2004; penjenamaan semula sepenuhnya kepada Indonesia AirAsia selesai pada 1 Disember 2005. Syarikat ini bertapak di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

AirAsia X

Rencana utama: AirAsia X

AirAsia X ialah perkhidmatan baru oleh AirAsia X Sdn. Bhd. (dahulunya FlyAsianXpress Sdn. Bhd.) sebagai sebahagian francais AirAsia [11] yang menawarkan perkhidmatan jarak jauh dari Kuala Lumpur ( masa terbang lebih 4 jam ) menggunakan pesawat Airbus A330-300 atau Boeing 777-300 dengan tambang sekurang-kurangnya RM9.99 (tidak termasuk cukai dan caj lapangan terbang)[12]. Operasi AirAsia telah dilewatkan sehingga November 2007 kerana tiada pesawat yang dapat disewa dengan lebih awal. Apabila ia terbang kelak, ia bakal merangkumi tiga benua - Eropah, Asia dan Australia. Destinasi-destinasi dijangka termasuk Hangzhou dan Tianjin di China, Amritsar di India, Sharjah di Emiriah Arab Bersatu dan juga Manchester di United Kingdom.[13]

FlyAsianXpress pernah menjadi pengendali Perkhidmatan Penerbangan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak yang dahulunya dikendali oleh Malaysia Airlines kepada syarikat baru bernama FlyAsianXpress (FAX). Ditubuhkan pada 1 Ogos 2006, penerbangan ini dimiliki secara swasta oleh pengurusan AirAsia. Selepaskan menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos 2007, ia akan memfokuskan operasinya pada AirAsia X.

Rujukan

WikiPedia: AirAsia http://www.airasia.com/ http://www.airasia.com http://www.airasia.com/my/en/big-loyalty-programme... http://www.airasia.com/site/in/en/snackAttack.jsp http://www.airasia.com/storage/bo/aaportal.model.C... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/newsevents/news-events-singl...